First Month at Matric
Okey gais so ni aku just nak share jela eh pengalaman aku masa study dekat matrik dulu hehe. Aku ingat lagi tarikh first day aku daftar kat matrik iaitu 6/8/2020. Proses daftar dia agak baru baru aku sebab terikat dekat SOP bagai maklum la masa tu musim covid-19 tengah berleluasa kat Malaysia ni. First sekali hanya sorang sahaja parents yang dibenarkan masuk untuk hantar pelajar ke dalam. Maksudnya kalau kau datang dengan ibu-bapa kau, salah sorang kena tinggal lah kat luar pagar. Tapi 'luck' aku lah sebab ayah aku ada kenal sorang lecturer dekat situ so ayah aku masuk kolej dengan dia and mak aku pula masuk kolej dengan aku hehe. Lepas masuk tu kena daftar diri dulu dekat dewan apa tah aku pun dah lupa nama dia😂. Ha lepas dah ambil kunci bilik apa semua bolehlah hantar ke blog. Lepas ja parents aku hantar ke blog macam biasa setiap barang kena sanitize dulu la kan. Lepastu acara biasa lah bagi parents yang hantar anak dia sambung belajar mestilah ambil gambar dengan anak kan, so aku pun ambil lah gambar dengan parents aku. Lepas ja parents aku balik terpaksa lah aku angkat barang sorang-sorang ke bilik, nasib bilik aku tingkat 1 so takdak lah penat sangat. Masuk ja bilik aku roomate aku yang lain semua dah ada, so tinggal satu katil jela untuk aku. Macam biasa lah bila jumpa kawan baru aku dengan ramah tegur lah dulu tapi tegur-tegur malu orang kata, just kenalkan nama sahaja. Lepas kemas-kemas barang semua aku pun pergi la jalan-jalan. Eh lupa lak bagitau aku sebenarnya ada kawan yang satu sekolah menengah dulu ha hehe. So lepas kemas barang kat bilik tu aku pun gerak la pergi lepak bilik dia. So first week tu orang cakap takdak hal yang menarik la sangat sebab tak kenal ramai orang lagi kan and plus minggu orentasi so bosan la juga hahaha.
Minggu kedua baru la aku bergaul dengan membe-membe luar orang cakap. First tu aku saja join lepak dekat bilik classmates membe aku ni, kebetulan dalam tu memang ramai tengah lepak biasa la kan laki. Dorang borak pasal asrama bagai waktu sekolah menengah dulu so aku pun dengar ja. Dia macam kitorang buat bulat haa macamtu lepas sorang cerita sorang lagi sambung ha macamtu. Tak lama lepastu sampai lah turn aku cerita. Haa aku ni memang ada bakat cerita sekali aku bukak cerita apa lagi kena sidai ah membe-membe aku tu 🤣. Aku pun dulu sekolah berasrama juga hehe tapi sekolah biasa jelah until form 3 then aku pindah sekolah harian biasa sampaila tamat form 5.
Ha start dari situ la aku dapat kawan baru kat matrik sampai tidur pun dengan dorang tiap-tiap malam. Aku balik bilik pun untuk mandi and tukar baju je weh😂. Tapi aktiviti kitorang tak banyak sangat lagi biasa la baru kenal kan, banyak melepak dengar story masing-masing je. Haa rasa sampai situ jelah eh untuk first month hehe sambung lagi nanti.
Comments
Post a Comment